Monday, August 9, 2010

LANGKAH - LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU


MELALUI SISTEM PENDIDIKAN IAITU BERMULA DARIPADA PRASEKOLAH HINGGALAH KE PENGAJIAN TINGGI  ( 204196)

Sekolah dan institusi pendidikan diumpamakan seperti tapak tempat menyemai benih generasi masa depan. Manakala kurikulum sekolah pula merupakan inti pati yang akan disuntik ke dalam minda serta jiwa mereka. Oleh itu, jika hendak menyemai apa-apa juga aspirasi Negara dan membentuk generasi masa depan mengikut acuan kita sendiri , di sinilah tempatnya , begitu jugalah dalam usaha kita hendak memartabatkan bahasa melayu.

Dari segi perlembagaan dan perundangan, kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi Negara telah termaktub dalam Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Akta Pendidikan 1996 sekali lagi telah menegaskan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di dalam sistem pendidikan kebangsaan dan mengkehendaki agar ia diajar sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah di dalam Negara. Hasrat ini telah diterjemahkan dengan tindakan apabila bahasa melayu menjadi mata pelajaran wajib yang perlu diajar bukan sahaja di sekolah kebangsaan, tetapi juga sekolah jenis kebangsaan, sekolah swasta dan sekolah antarabangsa. Bahasa melayu bukan sahaja menjadi bahasa pengantar utama di dalam kelas, tetapi juga di luar kelas seperti di dalam perhimpunan dan aktiviti kokurikulum. Hal ini tidak termasuk pelbagai kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sepanjang tahun baik di peringkat sekolah, daerah mahupun nasional.
Di samping itu, bagi memartabatkan bahasa melayu, kerajaan juga harus memberikan penegasan yang lebih berat kepada usaha penbudayaan Bahasa Melayu sebagai asas peneguhan tamadun bangsa Malaysia dalam 2 aspek yang penting.Yang pertama ialah pelaksanaan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa utama dalam proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh oleh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Aspek yang ke dua ialah pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili budaya tinggi melalui kegiatan kokurikulum sehingga ragam bahasa tidak rasmi seperti bahasa sembang internet dan bahasa khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak sampai menggugat bahasa yang mewakili budaya teras.Desak kerajaan menetapkan syarat agar pelajar atau pekerja asing menduduki ujian asas bahasa melayu atau sekurang-kurangnya mengikuti kursus pendek bertutur dalam bahasa melayu juga harus dijalankan dengan lebih serius tanpa mengambil remeh.
Oleh itu, adalah wajar untuk pihak-pihak tertentu melihat semula kandungan yang ada dalam sistem pendidikan kita dalam usaha untuk memartabatkan bahasa melayu agar pelaksanaannya dan penguatkuasaannya ditingkatkan.



PEMANTAUAN BERTERUSAN DALAM BIDANG PENYIARAN DAN MEDIA MASSA  (204412) 

Pemantauan ini dapat memastikan media massa melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ejen pemantapan bahasa dalam kalangan masyarakat.Tindakan pentadbiran dan undang-undang dapat mengelakkan daripada berleluasanya penyalahgunaan bahasa Melayu dari segi kosa kata,tatabahasa,ejaan dan sebagainya.Contah penyalahgunaan bahasa Melayu ialah penggunaan bahasa yang dicampuradukkan dengan bahasa Inggeris,penamaan papan tanda,bahasa dalam iklan dan sebagainya.Bidang penyiaran dan media massa perlu menggunakan kecanggihan teknologi kini dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.


PENEGASAN DASAR BAHASA DAN PENGUATKUASAAN DASAR SECARA BERSEPADU  (204624)


Perlulah dilaksanakan dengan lebih sempurna dan sistematik supaya dapat memartabatkan bahasa melayu.contohnya,penegasan yang perlu dilakukan adalah melalui pelaksanaan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi hendaklah ditegaskan supaya mengutamakan bahasa melayu dalam urusan rasmi dan majlis rasmi diperingkat Negara selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan dan Perkara 152 Perlambagaan Persekutuan.Semua peruntukan mengenai persekutuan yang terkandung dalam undang-undang Negara hendaklah dihormati dan digunapakai serta dilaksanakan dengan ikhlas olah semua lapisan terutamanya pemimpin Negara,penjawat awam dan juga masyarakat.Sebagai contoh pemimpin Negara merupakan salah satu golongan yang paling penting untuk memertabatkan bahasa melayu.Pemimpin perlu menunjukkan teladan yang baik dengan menggunakan bahasa melayu yang tetap ketika berucap dihadapan umum dan bercakap dimedia

No comments:

Post a Comment