Monday, August 9, 2010

PENGENALAN


Pengenalan(204283)

   Bahasa Melayu atau dikenali juga sebagai Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa rasmi di negara Malaysia setelah mendapat pengiktirafan pada tahun 1970 menerusi kepimpinan Menteri Pelajaran pada waktu itu iaitu Tun Abdul Razak.Selain menjadi bahasa rasmi di negara malaysia,Bahasa Melayu juga menjadi bahasa rasmi di negara Singapura dan Brunei Darussalam.Di Indonesia,Bahasa Melayu juga merupakan bahsa rasmi tetapi di Indonesia,Bahasa Melayu lebih dikenali sebagai bahasa Indonesia.

   Meskipun hanya  menjadi bahasa rasmi dibeberapa buah negara,negara-negara lain di sekitar rumpun kepulauan melayu juga turut menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan contohnya seperti di selatan negara Thailand,Timor Leste,Sri Lanka,Afrika Selatan dan di Kepulauan Cocos di Australia.Bahasa Maelayu ini tergolong dalam keluarga bahasa Austronesia,Melayu Polinesia,Sunda Sulawesi dan Malayik.Bahasa Melayu juga merupakan antara bahasa yang popular didunia dan mempunyai bilangan penutur keempat terbanyak selepas Bahasa Mandarin,Bahasa Inggeris ,dab Bahasa Urdu atau Hindi iaitu sebanyak 200-300 juta orang.

   Penggunaan Bahasa Melayu tidak hanya tertumpu di kawasan kepulauan Melayu sahaja,malahan di negara China terdapat juga siaran radio yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.Selain itu,Bahasa Melayu juga turut diajar di universiti-universiti Eropah seperti di United Kingdom,Belanda,Jerman,Amerika Syarikat,New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

LATAR BELAKANG DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU (204288)



Bahasa Melayu telah memiliki martabat sebagai bahasa besar sejak lebih daripada satu alaf. Bahasa Melayu menjadi salah satu tunjang konsep kenegaraan. Peranannya adalah sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi serta bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan Negara. Maka wujudlah dasar Negara yang dikenal sebagai Dasar Bahasa Kebangsaan.
Pemilihan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di Malaysia bukanlah dibuat sewenang-wenangnya. Pemilihannya dikaitkan dengan faktor sejarah dan sifatnya yang sangat luntur serta mudah dipelajari menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Negara.
Kesimpulannya,sekiranya kita bersetuju dengan frasa “Bahasa melambangkan Bangsa”, kita pasti peka dengan peri pentingnya memartabatkan bahasa Melayu selaku bahasa yang telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan.


MASALAH DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU


PENGARUH BAHASA ASING(204151)

           Pengaruh bahasa asing juga merupakan penyebab kepada usaha dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Hal ini berlaku disebabkan oleh penggunaan istilah yang tidak tepat. Ini dapat dilihat apabila penggunaan Bahasa Inggeris cuba dimelayukan. Sebagai contoh,perkataan bajet yang merupakan perkataan yang diambil daripada Bahasa Inggeris iaitu  budjet. Perkataan budjet ini diambil dengan alasan bahawa sekiranya perkataan itu dimelayukan ia akan bersifat kearah negatif yang membawa makna orang yang suka berbelanja. Pengaruh Bahasa Inggeris ini juga menyebabkan keruntuhan bahasa melayu apabila penggunaannya semakin berleluasa dalam media elektronik. Contoh yang terbaru media elektronik ialah penggunaan istilah infotainmen yang telah diperkenalkan oleh RTM. Penggunaan istilah tersebut masih digunakan walaupun telah menerima banyak kritikan oleh tokoh bahasa.
             Pengaruh bahasa asing juga menjadi masalah dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu apabila penggunaan bahasa asing telah dipergunakan secara meluas daripada pihak swasta dan pihak kerajaan. Sebagai contoh,program “Rakan Cop”,perkataan ini dieja dan disebut dengan sebutan bahasa inggeris atau bahasa melayu.Kalau bahasa melayu huruf konsonan dibaca dengan sebutan “Rakan Kop” dan bukannya “Rakan Cop”.Hal ini demikian menyebabkan Bahasa Melayu tidak dapat dimartabatkan setanding dengan bahasa-bahasa asing ekoran masyarakat malaysia sering mengamalkan penggunaan bahasa asing.

PENGARUH BAHASA ROJAK(204586)

         Sejak akhir-akhir ini, isu bahasa rojak semakin membimbangkan dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini, merupakan salah satu masalah yang serius dalam usaha untuk memartabatkan lagi bahasa kebangsaan di Malaysia. Bahasa rojak yang digunakan merujuk kepada bentuk dan penggunaan dengan mencampuradukkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris serta bahasa lain. Bahasa rojak sebenarnya memperkecil bentuk dan penggunaan bahasa itu. Selain itu, bahasa rojak membawa pengertian ragam bahasa ,ini juga boleh mengaibkan peradaban Malaysia amnya dan peradaban Melayu khasnya. Di samping itu, bahasa rojak semakin berleluasa apabila pihak yang berpengaruh seperti ahli politik ,artis, media massa dan sebagainya menggunakan bahasa campuran itu.
         Selain itu, program-program di televisyen juga turut mempunyai bahasa rojak misalnya program Sure Heboh.Kesilapan ejaan Bahasa Kebangsaan  dan penggunaan bahasa rojak semakin ketara pada papan tanda perniagaan, iklan dan lain-lain lagi. Bahasa rojak juga memudahkan komunikasi dan mewujudkan kemesraan antara satu sama lain.Dengan ini, bahasa rojak  boleh mengganggu usaha penggunaan bahasa Melayu baku. Hal ini dapat di lihat melalui penggunaan bahasa pasar dan bahasa dialekdalam kalangan masyarakat hari ini.

PENGGUNA BAHASA ITU SENDIRI (204146)

Masalah dalam memartabat bahasa melayu bermula daripada pengguna bahasa itu sendiri.Hal ini sedemikian keran ,masyarakat tidak menyedari  Bahasa Melayu itu sebagai bahasa kebangsaan.Tambahan pula penguasaan Bahasa Inggeris amat diperlukan untuk kemudahan masyarakat kelak apabila mencari pekerjaan.Persepsi masyarakat melayu juga terhadap Bahasa Melayu ialah bahasa ini tidak dapat memberi kemajuan dalam kehidupan mereka kelak .Perjuangan dalam penggunaan Bahasa Melayu dilakukan bersendirian oleh sasterawan tanpa bantuan daripada mana-mana pihak yang berkuasa.Sikap orang melayu juga yang sering mengagung-agungkan bahasa lain seperti Bahasa Inggeris.
Selain itu pihak-pihak yang berkuasa atau bertanggungjawab memandang remeh terhadap penggunaan bahasa melayu.Hal ini dapat dilihat melalui pembikinan filem-filem atau drama yang menggunakan bahasa rojak  dan bahasa slanga di dalam diolag.Para pelajar tidak semestinya mempelajari bahasa baku dalam aspek pendidikan di sekolah sahaja tetapi juga mempelajarinya melalui keadaan sekeliling
Pada waktu yang sama,peranan buku,majalah,akhbar,dan media berbahasa melayu sebagai alat pembangunan fikiran,sosial dan budaya rakyat Malaysia sudah semakin kurang menyerlah.Manakala usaha penterjemahan dari bahasa asing ke bahasa kebangsaan juga masih terlalu kecil dan perlahan.Ini tidak termasuk isu-isu seperti masalah penerbitan,penterjemahan,perbezaan pendapat dalam kalangan penulis muda dan lama serta pertelingkahan dalam kalangan persatuan-persatuan penulis.Dalam bidang perundangan,Bahasa Inggeris merupakan bahasa perundangan.


LANGKAH - LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU


MELALUI SISTEM PENDIDIKAN IAITU BERMULA DARIPADA PRASEKOLAH HINGGALAH KE PENGAJIAN TINGGI  ( 204196)

Sekolah dan institusi pendidikan diumpamakan seperti tapak tempat menyemai benih generasi masa depan. Manakala kurikulum sekolah pula merupakan inti pati yang akan disuntik ke dalam minda serta jiwa mereka. Oleh itu, jika hendak menyemai apa-apa juga aspirasi Negara dan membentuk generasi masa depan mengikut acuan kita sendiri , di sinilah tempatnya , begitu jugalah dalam usaha kita hendak memartabatkan bahasa melayu.

Dari segi perlembagaan dan perundangan, kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi Negara telah termaktub dalam Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Akta Pendidikan 1996 sekali lagi telah menegaskan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di dalam sistem pendidikan kebangsaan dan mengkehendaki agar ia diajar sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah di dalam Negara. Hasrat ini telah diterjemahkan dengan tindakan apabila bahasa melayu menjadi mata pelajaran wajib yang perlu diajar bukan sahaja di sekolah kebangsaan, tetapi juga sekolah jenis kebangsaan, sekolah swasta dan sekolah antarabangsa. Bahasa melayu bukan sahaja menjadi bahasa pengantar utama di dalam kelas, tetapi juga di luar kelas seperti di dalam perhimpunan dan aktiviti kokurikulum. Hal ini tidak termasuk pelbagai kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sepanjang tahun baik di peringkat sekolah, daerah mahupun nasional.
Di samping itu, bagi memartabatkan bahasa melayu, kerajaan juga harus memberikan penegasan yang lebih berat kepada usaha penbudayaan Bahasa Melayu sebagai asas peneguhan tamadun bangsa Malaysia dalam 2 aspek yang penting.Yang pertama ialah pelaksanaan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa utama dalam proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh oleh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Aspek yang ke dua ialah pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili budaya tinggi melalui kegiatan kokurikulum sehingga ragam bahasa tidak rasmi seperti bahasa sembang internet dan bahasa khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak sampai menggugat bahasa yang mewakili budaya teras.Desak kerajaan menetapkan syarat agar pelajar atau pekerja asing menduduki ujian asas bahasa melayu atau sekurang-kurangnya mengikuti kursus pendek bertutur dalam bahasa melayu juga harus dijalankan dengan lebih serius tanpa mengambil remeh.
Oleh itu, adalah wajar untuk pihak-pihak tertentu melihat semula kandungan yang ada dalam sistem pendidikan kita dalam usaha untuk memartabatkan bahasa melayu agar pelaksanaannya dan penguatkuasaannya ditingkatkan.



PEMANTAUAN BERTERUSAN DALAM BIDANG PENYIARAN DAN MEDIA MASSA  (204412) 

Pemantauan ini dapat memastikan media massa melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ejen pemantapan bahasa dalam kalangan masyarakat.Tindakan pentadbiran dan undang-undang dapat mengelakkan daripada berleluasanya penyalahgunaan bahasa Melayu dari segi kosa kata,tatabahasa,ejaan dan sebagainya.Contah penyalahgunaan bahasa Melayu ialah penggunaan bahasa yang dicampuradukkan dengan bahasa Inggeris,penamaan papan tanda,bahasa dalam iklan dan sebagainya.Bidang penyiaran dan media massa perlu menggunakan kecanggihan teknologi kini dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.


PENEGASAN DASAR BAHASA DAN PENGUATKUASAAN DASAR SECARA BERSEPADU  (204624)


Perlulah dilaksanakan dengan lebih sempurna dan sistematik supaya dapat memartabatkan bahasa melayu.contohnya,penegasan yang perlu dilakukan adalah melalui pelaksanaan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi hendaklah ditegaskan supaya mengutamakan bahasa melayu dalam urusan rasmi dan majlis rasmi diperingkat Negara selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan dan Perkara 152 Perlambagaan Persekutuan.Semua peruntukan mengenai persekutuan yang terkandung dalam undang-undang Negara hendaklah dihormati dan digunapakai serta dilaksanakan dengan ikhlas olah semua lapisan terutamanya pemimpin Negara,penjawat awam dan juga masyarakat.Sebagai contoh pemimpin Negara merupakan salah satu golongan yang paling penting untuk memertabatkan bahasa melayu.Pemimpin perlu menunjukkan teladan yang baik dengan menggunakan bahasa melayu yang tetap ketika berucap dihadapan umum dan bercakap dimedia

KOMEN PEMIMPIN MENGENAI ISU MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU(204419)


Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein bersama Datuk Seri Dr.Rais Yatim,Menteri Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Negara,untuk memartabatkan bahasa Melayu di Putrajaya pada 2 Mac 2006(Utusan Malaysia 3 Mac 2006,muka hadapan),disokong penuh oleh persatuan Melayu,tiga buah negeri utara.

    Menurut perutusan yang ditandatangani pemimpin utama tiga buah persatuan itu Datuk Seri Haji Mohd.Yusof Latif ,presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG),Encik Abd.Ghani Mehat,Yang Dipertua Persatuan Melayu Negeri Kedah (PEMIKAD)dan Encik Mohd.Zain Hamzah,Persatuan Melayu Negeri Perlis(PEMANIS),begitu bersyukur dan berharap apa yang dirancangkan itu menjadi kenyataan.
  
    Perutusan itu membuat kesimpulan bahawa saranan tersebut merupakan saranan yang jujur dan ikhlas demi pembangunan budaya bangsa Malaysia agar mempunyai jati diri,identiti dan maruah sejajar dengan negara-negara maju dan membangun di seluruh dunia.Segala program dan perancangan untuk memartabatkan bahasa melayu dilaksana sebaik mungkin dan diharap mendapat sokongan dan kerjasama oleh semua pihak.

KESIMPULAN (204219)

        Secara kesimpulannya,sebagai negara yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,kita perlulah memartabatkan bahasa kita sendiri.Usaha-usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu ini bukan sahaja menjadi tugas pemimpin atau pihak-pihak tertentu,malahan seluruh penutur juga harus memainkan peranannya yang tersendiri.Kepentingan Bahasa Melayu ini harus dipandang dari pelbagai sudut kerana menerusi usaha-usaha yang diambillah yang akan mempopularkan Bahasa Melayu dimata dunia.Sebagai penutur juga,sudah tentulah kita mahu bahasa kita menjadi luas penggunaanya setanding dengan Bahasa Inggeris,Mandarin dan Jepun.